Napo: Seorang pengantin perempuan di bandar ini yang ingin menyambut perkahwinannya dengan mengadakan seks pada awal pagi selepas majlis itu berlangsung terkejut apabila menyedari lelaki di atas katil bukan suaminya, tetapi pengapit pengantin lelaki.
Bagaimanapun, tak ada gunanya dia menyesal kerana benda sudah terjadi, lapor akhbar Xinhua.
Pengantin perempuan itu yang dikenali sebagai Huang saja, dikatakan pergi ke bilik mandi pada awal pagi selepas malam majlis perkah.
Dia dengan seronok kembali ke bilik yang disangka biliknya dan mula meraba lelaki berkenaan yang disangka suaminya.
Sebenarnya lelaki itu ialah pengapit suaminya ketika majlis perkahwinan mereka dan dia tidak menyedari bahawa dia sudah mengadakan seks hinggalah sejurus selepas hari mula cerah.
“Tolong! Tolong, saya dirogol,” jerit wanita itu sebaik menyedari kesilapannya.
Semua penghuni rumah berkenaan mengelilinginya. Dan selepas perbahasan hangat, mereka memutuskan cadar kotor keluarga itu tidak boleh dibasuh secara terbuka dan pengapit terbabit perlu membayar pampasan kepada pengantin baru itu sebanyak 20,000 yuan.
Keputusan itu bagaimanapun dibantah pengapit terbabit yang mendakwa dia tidak melakukan sebarang kesalahan dan tidak mempunyai wang untuk diberikan kepada pasangan pengantin itu.
Pasangan berkenaan kemudian mengheretnya ke balai. Tetapi polis enggan menyiasat kes itu kerana berpendapat apa yang berlaku tidak mencapai tahap merogol.
Kerana kecewa, mereka kemudian memfailkan tuduhan rogol terhadap lelaki itu di Mahkamah Rakyat Bandar Napo. Bagaimanapun, mahkamah juga menolak kes itu dengan berkata, tidak ada keganasan atau paksaan digunakan oleh pengapit berkenaan. – Agensi
Related Posts :
MH370: Penganalisis percaya pesawat mendarat, bukan terhempas KUALA LUMPUR: Penganalisis jenayah percaya tiada unsur bunuh diri dalam misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan pesawat it… Read More...
Amerika Syarikat Tarik Diri Dari Mencari #MH370 ??? Gambar Hiasan Sebuah kapal tentera laut Amerika Syarikat (AS), USS Kidd, yang membantu sejak awal usaha pencarian penerbangan Malay… Read More...
MH370: Dua objek dipercayai milik pesawat ditemui, kata PM AustraliaKUALA LUMPUR: Dua objek yang mungkin berkait rapat dengan pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac, telah dijumpai, ka… Read More...
Status Puteri Sakinah Membuatkan Kaum Lelaki Tak Senang Hati Wah... apa komen anda selepas membaca status puteri sakinah ini?? … Read More...
179 PENUMPANG CEMAS! PENUTUP PANEL SAYAP PESAWAT BOEING 757 TERCABUT SEMASA TERBANG ATLANTA: 179 penumpang cemas apabila bahagian penutup panel sayap kapal terbang Boeing 757 milik Delta Air Lines yang berlepas dari Orl… Read More...