Kami rasa ramai yang sudah kenal dengan Ayda Jebat bukan? Iyalah, beliau memang popular sekarang ini dan sudah banyak drama lakonannya ditayangkan di televisyen dan dapat memikat hati penonton lebih-lebih lagi jika bergandingan dengan abang sado Zul Ariffin.
Walaupun sudah popular dan boleh kata hampir semua impiannya tercapai, Ayda mengakui sehingga kini hati beliau masih belum dimiliki oleh mana-mana lelaki. Malah, beliau tidak pernah mempunyai teman lelaki sepanjang hidupnya.
Terus-terang sejak sekolah hingga kini saya tidak pernah ada boyfriend. Tapi masa sekolah dulu ada jugalah saya minat kat lelaki secara senyap-senyap, tapi saya tak pernah cuba untuk meluahkannya. Apa yang boleh saya katakan, saya memang tak pernah bercinta lagi. Tak tahu mengapa. Saya pun hairan dan tertanya-tanya, kenapa perkara ini terjadi. Mungkin mereka takut nak dekati saya yang berperangai gila-gila agaknya.
Saya sebenarnya sudah lama bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta. Jika ada yang sesuai, saya tidak kisah untuk bercinta sekarang ini.