Monday, 24 February 2014
Suasana Pilu, Liza Abdullah & Suami Cerai Talak Satu
KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal 80-an Liza Abdullah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini kira-kira pukul 3.05 petang pada Isnin.
Lafaz berkenaan dibuat oleh suaminya selaku defendan, Zolkifli Abdul Rahman, 58, di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin selepas dia bersetuju untuk menceraikan isterinya secara baik.
Suasana di dalam kamar pilu apabila pasangan itu menangis teresak-esak sambil berpelukan sebelum lafaz cerai dibuat.
Dua anak pasangan itu, Zulhaffiz Zarriq, 25, dan Nurwafiez Syahiddah, 21, turut kelihatan menitiskan air mata di ruang tempat duduk ketika lafaz dibuat bapa mereka.
Suasana pilu apabila ahli keluarga berpelukan sebelum lafaz cerai dibuat.
Liza, 50, yang memfailkan permohonan perceraian tersebut menerusi peguam syarie, Sa’adiah Din pada 25 November tahun lalu turut ditemani oleh ahli keluarga dan rakan artis ke mahkamah termasuklah Datuk Shah Rezza dan Ziela Jalil.
Terdahulu, pasangan berkenaan mengakui sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa tahun lalu selain mengalami konflik berpanjangan dalam rumah tangga mereka.
Dalam pada itu, Shaiful Azli memerintahkan Liza supaya menjalani edah selama tiga kali suci selain perceraian mereka didaftarkan di mahkamah.
Sementara itu, Liza atau nama sebenarnya Norliza Abdullah yang mengenakan jubah hitam ketika ditemui selepas prosiding selesai enggan mengulas mengenai penceraian tersebut.
Liza Abdullah bersama salah seorang anaknya.
“Semuanya selesai dengan baik dan saya tiada komen selain penceraian ini adalah ketentuan Allah,” katanya.
Hasil perkahwinannya dengan Zolkifli kira-kira 26 tahun, mereka turut dikurniakan dua lagi anak iaitu Zulsyahmi Naqib, 12, dan Zulsyahmi Afif, 10.
Liza itu yang pernah popular dalam drama Vanilla Coklat bagi siaran TV3 dua tahun lalu merupakan bintang filem ternama sekitar tahun 1980-an.
Antara filem lakonannya ialah Ali Setan, Pagar-Pagar Cinta, Driving School dan Jejaka Perasan.
Related Posts :
Punca Sebenar Pengarah Terkenal Syamsul Dikejarkan Ke Hospital Hanya beberapa hari lagi sebelum melangsungkan perkahwinannya dengan Puteri Sarah Liyana, pengarah terkenal Syamsul Yusof dikejarkan ke ho… Read More...
Menteri Didakwa Ada Hubungan Erra Fazira? Belum lagi reda tentang kisah penceraian Erra Fazira dan Engku Emran, tiba-tiba terkeluar pula cerita yang kurang enak, timbul pula&nb… Read More...
Hanez Suraya Tuntut Isteri R Mohon Maaf Secara Terbuka Kontroversi yang melanda Hanez Suraya sebelum ini yang mengatakan dia mempunyai hubungan dengan suami orang akhirnya terjawab sudah apa… Read More...
Bawa Isteri Pun Jadi Isu Jugak? – Fizo Omar kata-kata yang dikeluarkan oleh Fizo Omar menerusi laman Facebooknya berkenaan dengan satu artikel mengenai dirinya dan isteri. M… Read More...
Berbikini Di Thailand — Reen Rahim Tak Peduli Komen Orang Ramai Juara program Pilih Kasih musim ketiga dan kini bergelar pelakon, Reen Rahim baru baru ini menjadi bualan peminat a… Read More...