Abang Nara ingatkan dah tamat perbicaraan kes antara Jimmy Shanley dan bekas isterinya, Nursuhaila, rupa-rupanya masih lagi di dalam perbicaraan. Terbaru, Suhaila mahu mengubah perintah hak bekas suaminya untuk bermalam kerana bimbang Jimmy tidak mampu menjaga anak mereka pada waktu malam kerana tinggal seorang diri.
Menurut Suhaila, anak mereka iaitu Zahra Rania menghidap penyakit “brochiolitis” dan takut sakit itu menyerang ketika Zahra bermalam bersama bapanya. Kata Suhaila menerusi Harian Metro:-
Anak kami menghidap penyakit “brochiolitis” yang menyebabkan demam, batuk, selsema dan sesak nafas sejak Oktober 2012, justeru saya bimbang penyakit itu menyerang anak saya ketika bermalam di rumah bapanya.