Apa Yang Zero, Juara MLM 2014 Buat Dengan Duit Kemenangan?

Apa Yang Zero, Juara MLM 2014 Buat Dengan Duit Setengah Juta

Dapat Setengah Juta, Zero Hantar Ibu Ke Mekah dan Bina Rumah | KL, 7 FEBRUARI 2015: Setelah melalui perjalanan berliku dalam mengejar impian serta dalam masa yang sama mencari rezeki untuk keluarga di kampung, kumpulan Zero akhirnya muncul sebagai juara di pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2014 yang berlangsung semalam di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Sebagai juara MLM 2014, kumpulan Zero yang terdiri daripada Syaiful, Sharif dan Atu telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM 500,000. Ganjaran setengah juta amatlah besar nilainya buat Zero yang telah berniat untuk menghantar ibu mereka pergi menunaikan haji di Mekah.

Bukan itu sahaja, ia juga akan menjadi sumber wang untuk membuat sebuah rumah baru untuk keluarga mereka di Sabah dan selebihnya akan digunakan untuk perkahwinan Syaiful yang juga merupakan paling sulung diantara mereka bertiga.

“Ada tiga perkara yang akan dibuat iaitu akan hantar emak menunaikan Haji di Mekah. Kedua mahu membuat rumah dan ketiga mungkin digunakan untuk persiapan perkahwinan Syaiful,” kata Sharif sambil berseloroh.

Dipetik dari Portal Murai, Sharif turut menafikan kisah kehidupan mereka 3 beradik dijadikan sebagai taruhan untuk memancing pengundi. Baginya mereka sekiranya tidak bergelar juara, mereka tetap mahu untuk menunaikan hajat keluarga.

“Benda ini semua rezeki. Tak kira kalau dapat nombor berapa atau tersingkir sekali pun kami tetap mahu tunaikan hajat buat keluarga,” tambahnya