Harga Barang Naik Bukan Sebab Melayu Atau Cina – Tun M
PETALING JAYA: Kenaikan harga barang tiada kaitan dengan bangsa peniaga berkenaan, demikian menurut Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sebaliknya beliau berkata punca kepada masalah berkenaan perlu dikenal pasti untuk menyelesaikan isu itu, sambil menambah bahawa terdapat juga peniaga India dan Melayu yang tidak menurunkan harga.
“Ini bukan soal Cina, Melayu atau orang lain. Ini adalah tentang barangan…bukan sahaja barangan yang dijual oleh orang Cina kerana India dan Melayu juga menaikkan harga. Mereka tidak menurunkan harga,” katanya kepada pemberita di sini, Rabu.
Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Asas Tani Industri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang didakwa menggesa pengguna Melayu untuk memboikot perniagaan Cina yang sengaja menjual dengan harga yang tinggi. -mStar Online
Kronologi MH17 !!Kronologi Lengkap MH17, Gambar, Video dan Situasi | Pada jam 12.14 pagi waktu Malaysia, sebuah pesawat Boeing 777 9M-MRD milik MAS Airl…Read More...
Ukraine Tersalah Tembak MH17 !Terkini, lidah rasmi Russia, RT News telah melaporkan bahawa pesawat IL-96 milik mereka telah melalui laluan yang sama dilalui oleh MH17 pad…Read More...