Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini tiba-tiba melenting apabila salah seorang peminatnya mendakwa dia telah melakukan pembedahan plastik ke atas wajahnya di laman Facebook baru-baru ini.
Sharifah Aini telah memuat naik sekeping gambar terbaru beliau daripada jarak dekat & wajah beliau memang kelihatan agak berlainan sekaligus menimbulkan tanda tanya di’kalangan peminat.
Biasalah, tidak sah seorang artis itu popular jika tiada peminat fanatik yang begitu teliti melihat susuk tubuh dan wajah artis kesayangan mereka.
Inilah yang terjadi kepada penyanyi ini apabila salah seorang peminatnya telah menulis mengatakan bahawa adakah Datuk Sharifah Aini telah melakukan pembedahan ke atas wajahnya.
Mungkin tidak suka ditegur mengenai wajahnya, Datuk Sharifah Aini terus melenting dan memberitahu kepada si penulis itu seorang yang bermulut jahat dan tidak suka melihat perempuan lain kelihatan elok.
Datuk Sharifah Aini turut memberitahu bahawa dia tidak dapat bayangkan jika penulis yang mengkritik dirinya pulang ke rahmatullah jika masih berfikiran buruk sangka seperti itu.
Apa apa pun, kami sokong dengan kenyataan Datuk! Apa salahnya dia kelihatan jelita, asalkan dia tidak ganggu anda yang melihat pun sudah memadai bukan?