Chong Wei Tabah Hadapi Dugaan Doping !!



Semoga Juara Kita Dato' Lee Chong Wei Tabah!
Luahan Sedih Lee Chong Wei Positif Dadah Jenis Deksametason | Pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei telah menggemparkan dunia setelah disahkan positif dadah apabila keputusan ujian doping Sampel A didapati positif.
Datuk Lee Chong Wei meluahkan rasa kesalnya bermula dari pusingan pertama hingga perlawanan akhir menentang Chen Long, dia tidak ada mengambil sebarang dadah terlarang mahupun ubat penahan sakit.
“Lutut saya bergetar dan saya tidak boleh berdiri atau duduk ketika saya membaca surat yang memaklumkan bahawa saya gagal dalam ujian doping.