GELARAN DATUK SERI ANWAR DITARIK BALIK


Kan dah kena! Gelaran Datuk Seri yang dibanggakan Anwar Ibrahim ditarik balik!
Penarikan balik gelaran itu berkuatkuasa 3 November dan diwartakan pada 20 November mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor.
Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Munir Bani memberitahu dalam kenyataan medianya, tindakan itu diambil kerana Anwar seringkali mempersoal integriti baginda dan institusi di-Raja Selangor bersabit kemelut menteri besar Selangor, baru-baru ini.

Anwar menerima anugerah itu daripada Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 1992.
"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor setelah berunding dengan Dewan di-Raja Selangor, telah memutuskan bahawa Darjah Kebesaran Dato' Seri yang dikurniakan kepada Yang Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim adalah ditarikbalik berkuat kuasa 3 November 2014.
"Penarikan Darjah Kebesaran Seri - Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A) yang dikurniakan pada tahun 1992, adalah berasaskan kepada tindakan dan perlakuan beliau sejak akhir tahun 2013 ini yang mepersoalkan kewibawaan dan kuasa DYMM Sultan Selangor dan Institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan YAB Dato' Menteri Besar Selangor pada tahun ini dan hal-hal yang berkaitan dengan isu-isu agama," menurut Munir.
Kenyataan itu turut menyebut Sultan Selangor berhak menarik balik gelaran itu berikutan baginda mempunyai kuasa eksekutif dan sebagai Ketua Agama sepertimana yang termaktub di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.