JEP SEPAHTU MAKI PEMINAT YANG MAHU BERGAMBAR DENGANNYA?


Melalui wartawan hiburan KOSMO! hari ini, seorang peminat meluahkan kekesalannya terhadap seorang pelawak tanahair yang bersikap dingin dan biadab terhadapnya.

Jep Sepahtu didakwa telah memaki si pengadu yang berlaku di satu perlawanan bola sepak yang berlangsung di MSN, Bukit Jalil.

Si pengadu yang meminati Jep Sepahtu mahu bergambar dengannya tetapi telah dihambur dengan kata-kata kesat yang berbunyi:

“Kau ni kejap lagi tak boleh ke? Bodoh betul la.”

Terkejut dan terkedu, pelawak kesayangannya itu sanggup bertindak memaki hamunnya.

Menurut wartawan hiburan  Kosmo, Jep yang dikenalinya bukanlah individu yang mudah hilang sabar. Akan tetapi, menurut si pengadu, ramai yang menyaksikan kejadian tersebut.

Kini hanya menunggu respon dari Jep Sepahtu yang menjelaskan hal yang sebenar