Wow. Hebat sungguh informer yang bernama “KakJulaJuli” ini. Menerusi emailnya, KakJulaJuli telah men”skodeng” perkembangan terkini pelakon Eina Azman yang satu ketika dahulu hangat diperkatakan mempunyai hubungan cinta dengan Afiq Muiz. Berdasarkan gambar yang disertakan, nampak gayanya hubungan Eina dan Afiq sudah berakhir dan kini Eina sudah ada kekasih baru.
Jika anda melihat dengan teliti, memang jelas Eina sedang berpegangan tangan dengan lelaki di sebelahnya. Setahu Abang Nara, kalau dah sampai tahap berpegangan tangan ini, pasti ada sesuatu yang istimewa. Takkanlah sesenang nak pegang tangan kan? Tahap keromantisan Eina juga terserlah apabila di dalam salah satu gambar dia berposing dengan bantal yang mempunyai wajah si lelaki.

Persoalannya adakah ini memang cinta baru Eina Azman atau sekadar teman tapi mesra? Ke mana pula hilangnya Afiq Muiz? Adakah hubungan mereka sudah berantakan? Jeng jeng jeng. Hanya Eina dan Afiq sahaja yang tahu. Terima kasih KakJulaJuli atas informasi menarik ini.