Rozita Che Wan Gembira Anaknya Dapat Keputusan Cemerlang SPM

Keputusan SPM telah diumumkan hari ini. Mungkin ramai yang telah mengambil keputusan SPM dengan hati berdebar-debar. Ada yang mungkin tidak dapat tidur semalam fikirkan keputusan yang bakal diperolehi. Anak sulung Rozita Che Wan, Ameer Effendy merupakan antara ribuan penuntut yang mengambil keputusan SPM hari ini.
anakchetaspm_01
Ternyata cukup gembira dengan keputusan cemerlang anaknya, Che Ta telah berkongsi gambar keputusan SPM anaknya di akaun Instagramnya. Fuh, penuh dengan keputusan A. Tahniah, Ameer Effendy!
anakchetaspm_02
Apa pun, tahniah diucapkan juga kepada Che Ta kerana kejayaan anaknya ini. Selaku seorang ibu, pastinya Che Ta berbangga mempunyai anak yang bijak seperti Ameer Effendy. Seterusnya, Che Ta jangan lupa bagi hadiah yang best-best kat anak!!!