Belum lagi reda tentang kisah penceraian Erra Fazira dan Engku Emran, tiba-tiba terkeluar pula cerita yang kurang enak, timbul pula khabar angin mengatakan yang pelakon ini mempunyai hubungan dengan seorang ahli politik berstatus menteri.
Menurut sebuah portal tempatan, ahli politik tersebut adalah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menafikan sekerasnya tentang khabar angin ini.
Namun jelasnya, beliau langsung tiada kaitan sama sekali dengan Erra Fazira. Ketika diajukan soalan tentang hubungan istimewanya it, beliau sememangnya terperanjat.
“Saya lelaki yang sudah berkahwin dan bahagia dengan perkahwinan saya. Saya dengan Erra Fazira tidak.. tidak. Saya bahagia dengan perkahwinan saya,” katanya yang tenang menjawab persoalan beberapa wartawan politik yang mengajukan soalan tentang khabar angin hubungannya dengan Erra Fazira.
Bagaimana agaknya boleh tercipta khabar angin begini ya? Pelik sungguh. Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin. Apa sebenarnya yang berlaku?