5 GAMBAR AINAN TASNEEM TERLIBAT DALAM KEMALANGAN KALI KE-3


Penyanyi lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem sekali lagi terlibat dalam kemalangan jalan raya apabila kereta Perodua MyVi yang dipandu oleh rakannya hilang kawalan sehingga terbalik sebelum terheret beberapa meter.

Kejadian itu berlaku di jalan menuju ke kolej kediaman UniMAP Wang Ulu, Sungai Batu Pahat Perlis baru-baru ini.

Punca kemalangan tidak diketahui. Apapun, harap Ainan tidak cedera dan berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Menerusi Twitter Ainan yang bertarikh 5 Mac 2014, dia menafikan memandu kereta miliknya hingga kemalangan. Dia juga meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang andaian yang boleh menyakitkan hati orang-orang yang terlibat dalam nahas itu.


Untuk pengetahun, kemalangan ini ialah buat kali yang ketiga membabitkan kereta Ainan. Sebelum ini beliau pernah terlibat dalam nahas kemalangan pada Julai tahun lalu di lebuhraya New Pantai Express Highway (NPE) dan pada 19 Februari 2014 di jalan menuju ke Wang Ulu dari Sungai Chuchuh.

Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar kemalangan ngeri yang membabitkan kereta Ainan Tasneem baru-baru ini. Kredit gambar kepada. Apapun, admin ingin mengucapkan takziah kepada Ainan Tasneem, berhati-hati di jalan raya k!    Sumber