PENGANALISIS RADAR DAKWA PESAWAT MH370 KALI TERAKHIR DILIHAT DI PERAIRAN SELATAN KEPULAUAN HAINAN?


Hari keempat, pesawat MH370 masih hilang. Kerjasama antara 9 buah negara dengan menggunakan aset ketenteraan canggih juga belum dapat menemui apa-apa petunjuk yang boleh membawa kepada penemuan pesawat itu.

Lain pula tindakan media Australia, Daily Telegraph yang hari ini dilihat cuba memburukkan pembantu kapten pesawat MH370 dengan tajuk "Playboy Pilot" di depan dada utama akhbar rasmi negara itu.


Di laman Facebook pula, ramai yang share sebuah video dari seorang penganalisis radar yang menggunakan nama Dahboo yang mendakwa pesawat MH370 mula melencong dari laluan asal dan naik setinggi 10,000 kaki buat seketika selepas meninggalkan semenanjung Malaysia. Namun kembali semua ke laluan asal beberapa minit kemudian.

Dan ketika menghampiri pantai negara Vietnam, pesawat MH370 dapat dilihat diekori rapat oleh sebuah pesawat yang lain. Namun, kali terakhir pesawat MH370 dikesan dalam radar berada di selatan perairan kepulauan Hainan, China.

Ini berbeza dengan pendedahan laporan tentera Malaysia dalam sidang media yang lalu. Sama ada benar atau tidak, pihak berkuasa harus ambil pendedahan penganalisis ini untuk siasatan lanjut.