Kalau sudah popular, sememangnya apa saja pergerakan seseorang itu akan diperhatikan dan lebih teruk lagi, dimanipulasikan atau disalah-anggap.
Baru-baru ini, selebriti blogger dan pengacara yang baru berjinak-jinak dalam bidang lakonan, Hanis Zalikha dikatakan sedang bergaduh dengan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz ketika penggambaran drama ‘Jodoh 2′.
Namun jelas Hanis, “Macam mana gosip ini boleh timbul? Saya dan dia baik-baik sahaja tambahan pula kami digandingkan bersama dalam drama ini…Tiada sebab untuk saya bermasam muka dengan Aliff.
“Kalau nak kata saya tak bercakap dengan dia tak mungkinlah… Saya rasa perkara ini berlaku kerana kami belum ada banyak babak yang hanya memerlukan kami berlakon berdua…Sebab itu jarang nampak kami bersama,” ujarnya.
Kedua-dua mereka nyata menafikan tentang dakwaan ini dan Aliff Aziz sendiri juga turut memberi kenyataan.
“Sejujurnya saya memang tidak ada masalah dengan Hanis…Mungkin ada yang nampak kami tidak bercakap tetapi itu tidak bermaksud kami bermasam muka.”
“Saya jadi serba salah sebab bila saya bercakap, orang akan buat andaian lain, bila saya tak bercakap orang kata bermasam muka pula…Jadi saya nak buat macam mana lagi?
“Masing-masing nak jaga nama sendiri, kalau boleh saya tidak mahu ada lagi benda negatif yang melibatkan saya.
“Tak kisahlah apa orang nak kata yang penting saya jadi diri sendiri dan mahu berubah ke arah yang lebih baik,” jelas Aliff Aziz.
Siapalah agaknya yang memulakan dakwaan bukan-bukan ini?