Fathia Didakwa Berlagak Diva, Ditegur Oleh Nabila Huda

Nampaknya, Nur Fathia yang baru saja dinobatkan sebagai pelakon Wanita Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur harus menghadapi teguran senior beliau andai ingin teruskan dalam bidang industri lakonan. Disebabkan oleh kenyataan tentang sikapnya yang berlagak ‘diva’, ianya membuatkan ramai mula tertanya apakah pelakon ini boleh bertahan lama dalam industri.
Bermula dengan khabar tentang pelakon itu tidak berdisiplin dan bergaduh mulut dengan penerbit eksekutif Grand Brilliance, Jalena Rejab sewaktu mereka menjalani penggambaran Ariana Rose di London, Fathia memberi penjelasannya sendiri.
Fathia Didakwa Berlagak Diva, Ditegur Oleh Nabila Huda
“Memandangkan jadual tidak terlalu padat, saya mengajak adik, Nur Fasiha yang menuntut di Kolej Trinity di DublinIreland datang ke London tetapi sebelum itu sudah pun mendapat kebenaran produksi.”
“Selain Ariana Rose, ada penggambaran dua telefilem dan saya diminta menjayakan salah satu daripadanya bagi menggantikan produser Ziela Jalil.”
“Walaupun dimaklumkan saat akhir, saya tidak kisah kerana ia tidak menganggu jadual. Tak sangka pula penggambaran yang sepatutnya empat hari berlarutan tujuh hari. Kalau tahu dari awal saya tak akan ajak adik datang bertemu saya. Cuti yang sepatutnya tiga hari tinggal sehari saja disebabkan cuaca.”
“Kalau ikutkan, pada hari terakhir itu pelakon dan kru diberi pelepasan untuk buat aktiviti sendiri tetapi produser bersama, Jalena Rejab minta saya buat promo episod akhir Ariana Rose walhal saya sudah blok waktu itu untuk habiskan bersama adik.”
“Disebabkan saya tolak, berlaku pertelingkahan mulut antara kami. Sepatutnya mereka bertimbang rasa kerana adik saya datang dari jauh semata-mata mahu berjumpa saya.”
Fathia Didakwa Berlagak Diva, Ditegur Oleh Nabila Huda
Bagaimanapun, kenyataan Fathia bercanggah dengan apa yang diberitahu oleh Jalena. Tambahan dengan keberanian Fathia yang telah mengeluarkan kenyataan ‘Enggan Ditindas’ dalam satu laporan akhbar membuatkan pelakon senior, Nabila Huda menegur sikap pelakon baru itu dalam akaun Instagram beliau.
Fathia Didakwa Berlagak Diva, Ditegur Oleh Nabila Huda

Nabila menasihatkan Fathia supaya meminta maaf daripada menuding jari untuk menutup kesalahan sendiri selain menyatakan seluruh krew produksi mengetahui perkara sebenar. Ianya hanya perkongsian jujur, namun ada peminat yang salah anggap mengatakan Nabila mempunyai perasaan dengki pada Fathia.
Apapun sebarang persengketaan dalaman antara kedua pelakon ini, berbalik kepada Fathia, mungkin ada betul juga kata Nabila. Sebagai orang baru, kadang-kadang betul atau tidak, harus dihormati peluang yang diberikan untuk menjadi watak utama sesebuah drama. Orang lain ramai lagi mahukan peluang sebegitu, namun Fathia yang dipilih. Mungkin itu apa yang dimaksudkan oleh Nabila tanpa sebarang niat jahat.