Bila sebut sahaja nama Aliff Aziz, tak lain tak bukan, kisah cinta sahajalah yang timbul berbanding kerjaya nyanyiannya.
Bukan apa, peminat sendiri sering mendengar Aliff telah melalui banyak kisah putus cinta dengan ramai selebriti wanita tempatan antaranya seperti Anne Ngasri dan paling baru, Adira sehingga ramai yang melabel Aliff tidak boleh hidup sebentar tanpa wanita dan cinta.Tidak kurang juga ada yang mengatakan beliau bersikap seperti ‘playboy’.
Beberapa hari lepas, timbul pula khabar angin terbaru yang mengatakan Aliff kini sedang bercinta dengan bekas peserta AF musim kelapan iaitu Ain.
Kisah itu mula menjadi perbualan hangat di kalangan peminat Aliff selepas Ain berkongsi foto dirinya dengan penyanyi kelahiran Singapura berkenaan di Instagram.
Foto tersebut menunjukkan Ain dan Aliff kelihatan cukup mesra bergurau dan berpelukan sambil ketawa. Melihat aksi-aski hangat begini, sememangnya ia menimbulkan tanda tanya kepada peminat berkenaan status hubungan mereka.
Yang pastinya, kedua-duanya nampak serasi bersama. Doakan sahajalah hubungan cinta Aliff kali ini berkekalan dan pisang tidak berbuah dua kali.