Rita Rudaini Mohon


Monday, 3 March 2014

Rita Rudaini Mohon

Bakal Berkahwin Dengan Bekas Suami Rita Rudaini, Zarema Adakan Bridal Shower
MBS nak bagitahu Umum  bahawa bekas suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan dan kekasihnya Zarema Zainal bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada bulan Mac ini.Dengar-dengar dah tak sabar-sabar nak khawin ...jom tengok Bridal showerZarema.
Walaupun belum diumumkan tarikh sebenar majlis  tersebut, sudah pasti debaran bergelar raja sehari semakin dirasai oleh pasangan sejoli ini.

Terkini, menerusi gambar yang dimuatnaik di laman Instagram Nora Danish, Zarema telah mengadakan satu majlis bridal shower yang bertemakan Masquerade Party.
Bakal Berkahwin Dengan Bekas Suami Rita Rudaini, Zarema Adakan Bridal ShowerFoto yang dimuatnaik di laman Instagram Nora Danish
Dalam majlis yang diraikan bersama sahabat-sahabat baiknya itu, Zarema nampak anggun mengenakan busana merah dengan memegang papan tanda berbentuk hati yang tertulis #AZ4ever.
Sementara itu, kesemua jemputannya pula memakai busana berwarna putih dan turut menggunakan topeng yang menutup separuh muka mereka.
Bakal Berkahwin Dengan Bekas Suami Rita Rudaini, Zarema Adakan Bridal ShowerMajlis Bridal Shower bertemakan Masquarade Party
Kalau anda nak tahu, sebelum ini juga Zarema pernah mengadakan beberapa buah keraian bagi menyambut tarikh keramatnya itu.
Apapun, diharapkan semoga majlis perkahwinan mereka kelak akan berlangsung dengan lancar dan kekal hingga ke akhir hayat. Mari kita lihat beberapa keping lagi foto sekitar majlis tersebut.