ATLANTA: 179 penumpang cemas apabila bahagian penutup panel sayap kapal terbang Boeing 757 milik Delta Air Lines yang berlepas dari Orlando ke Atlanta, Amerika tercabut.
Sebelum itu, para penumpang terdengar dentuman yang kuat dan mereka mendapati panel penutup sayap pesawat berkenaan terbuka sehingga ternampak instrumen sayap berkenaan, lapor NBC.com.
Ekoran dari kejadian itu, kapten pesawat mengisytiharkan kecemasan dan mereka selamat mendarat pada jam 7.10 di Lapangan Terbang Hartsfield-Jackson Altanta dengan selamat.
Pejabat Delta Air Lines memaklumkan kepada pihak berkuasa, penerbangan FAA bahawa panel sayap berukuran 4x8 kaki tercabut sehingga menampakkan roda dan rangkaian kabel.
Menurut wakil Delta, bahagian panel yang tercabut itu tidak mendatangkan bahaya pada penerbangan dan pendaratan pesawat itu.