Mr. R atau nama sebenarnya Romie Razin Adilha dengan macho dan gentlemannya telah membuat kemunculan bersama Hanez Suraya di dalam sidang media yang diadakan petang tadi. Mengambil kesempatan bercakap, Romie menafikan kehadiran Hanez sebagai punca keretakan rumah tangganya dengan isteri, Liyana Manan. Menurut Romie, perkahwinannya telah berantakan sebelum bertemu dengan Hanez lagi.
Kata Romie menerusi MalaysianDigest:-
Kata Romie menerusi MalaysianDigest:-
Saya mohon maaf atas isu yang telah ditimbulkan oleh isteri saya. Saya tegaskan dakwaan isteri saya adalah fitnah. Saya tidak mahu aibkan dia.Memang saya belum bercerai tapi rumah tangga kami telah ada masalah sejak lapan bulan lalu. Sedangkan saya mula mengenali Hanez pada 20 Disember 2013 di satu majlis di UiTM Shah Alam.Malah isteri saya telah menfailkan cerai pada 8 Oktober tahun lalu dan ia merupakan fail cerai kali kedua. Dan dakwaan isteri saya di mahkamah sebelum ini tidak ada kena mengena dengan punca orang ketiga
Romie juga turut menerangkan yang percutiannya ke Bangkok bukan dengan Hanez sahaja tetapi turut ditemani 6 orang rakan termasuk adik Hanez Suraya. Kata Romie:-
Manakala saya pergi ke Bangkok pada bulan Januari 2014 bersama Hanez dan 6 lagi rakan termasuk adik Hanez. Bukan kami pergi berdua.
Nampaknya Mr. R mengambil keputusan untuk menyokong Hanez Suraya di dalam kontroversi ini. Hmmmmm…. Sukar untuk Abang Nara memberi komentar mengenai perkara ini. Kesian juga Abang Nara kepada Liyana Manan yang masih sah bergelar isteri kepada Mr. R. Sama-samalah kita nantikan perkembangan kontroversi ini.