Untuk anda yang tidak mengetahui, Hisyam Hamid kini sedang melonjak naik popularitinya selepas membintangi drama Ariana Rose yang menjadi ikutan ramai baru-baru ini. Sudah pun berkahwin, isteri Hisyam Hamid, Rosmawati juga bertindak sebagai pengurus kepada suaminya. Satu langkah yang bijak di mata Abang Nara kerana komunikasi pasti amat mudah untuk dilakukan.
Namun seperti biasa apabila si isteri menjadi pengurus, sudah pasti timbul desas-desus kerjaya si suami dikawal 100%. Namun Rosmawati menafikan dakwaan tersebut. Kata Rosmawati:-
Saya sendiri terkejut apabila isu ini ditimbulkan kerana sepanjang menguruskan kerjaya suami di Malaysia saya cuba berurusan dengan semua pihak sebaik mungkin. Jika ada sesuatu tawaran yang tidak dapat dipenuhinya saya akan tolak secara baik bagi pihak Hisyam malah meminta maaf kerana tidak dapat bekerjasama,
Malah Hisyam Hamid juga memaklumkan yang keputusan menerima atau menolak sebarang tawaran dilakukan olehnya. Kata Hisyam:-
Satu perkara yang mungkin orang salah faham adalah semua keputusan saya yang buat apabila saya terima sesuatu tawaran dan bukannya Rosmawati. Perkara itu hanya salah faham dan tiada sebarang sebab mengapa saya perlu melantik orang lain untuk menguruskan kerjaya seni saya
Biasalah bila dah popular ini memang banyak tawaran yang diterima sampai tak menang tangan. Takkanlah nak ambil semuanya kan? Pihak yang menawarkan pun kenalah faham. Kalau ambil semua nanti “clash” jadual pulak. Lepas tue timbul pula perkara lain seperti tamak, tak berdisplin dan macam-macam lagilah. Lebih baik tolak awal-awal sebelum jadi perkara macam itu kan?