Disebalik kontroversi hubungan Hanez Suraya dengan R yang rupanya masih berstatus suami orang, boleh dilihat komen yang membanjiri laman Instagram Hanez dengan kata-kata kesat dan negatif.
Hanez Suraya nampaknya langsung tidak mahu mengulas apa-apa tentang perkara ini dan meminta semua orang menunggu sehingga beliau memberi penjelasan ketika sidang mediayang akan diadakan nanti.
“Saya tak tertekan tetapi saya sedih. Orang di luar sana yang tidak tahu situasi sebenar begitu cepat menjatuhkan hukum. Saya tidak melatah sebab itu saya tidak respon kepada semua komen di Instagram. Sebab itu saya akan lakukan sidang media. Selepas itu, orang boleh menilai mana satu betul, mana satu salah.”
“Jangan dengar sebelah pihak. Berikan peluang untuk saya jelaskan nanti. Saya menerima semua jenis nasihat, negatif ataupun positif tapi bukanlah dengan cara menghina ataupun menghukum saya. Ada yang sampai jatuhkan hukum dengan mengatakan saya akan masuk neraka.”
“Kepada yang memberikan komen melampaui batas untuk saya di laman sosial, terima kasih kerana menghina saya. Saya terima dengan terbuka hati dan redha. Tetapi tolong hormat laman sosial saya,” jelas Hanez Suraya yang redha.
Tambahnya lagi, “Saya ada hak untuk menyekat sesiapa yang bertindak memberikan komen yang melampau dan keterlaluan. Saya terima semua komen dan hujah yang diberikan dengan positif. Apa yang kurang, saya akan perbaiki.”
Kasihan pula kami lihat Hanez Suraya. Tidak sepatutnya orang ramai ‘menembak’ Hanez sebegitu atau membuat spekulasi dari cerita pihak isteri R sahaja. Tapi apakan daya, tiada sesiapa tahu apa sebenarnya berlaku disebalik situasi ini.