Suspek Kes Khianat Masjid Limbungan Ditangkap


Suspek Kes Khianat Masjid Limbungan Ditangkap | Tu diaa...ganas betul. Gambar diterima daripada seorang fans admin. Kami sebarkan kepada umum. Tak sampai 24 jam, dah tertangkap rupanya. Cepat betul.

Suspek Kes Khianat Masjid Limbungan Ditangkap

Khabar yang masih belum sahih. Seorang lelaki yang didakwa gila isim berbangsa Melayu berumur lingkungan 30-an telah berjaya ditangkap oleh orang ramai dan dipukul secukupnya. Lelaki itu ditangkap kerana disyaki pelaku khianat dalam kes Masjid Limbungan, Kampung Raja, Besut, Terengganu.

Menurut sumber, suspek merupakan warganegara Malaysia dan berbangsa Melayu dan disyaki mengalami gila isim berpunca daripada 'overdose' ketika mengaji ilmu yang aneh.

Kes ini telah dibawa kepada pihak polis dan akan diperpanjangkan kepada Ketua Polis Terengganu. Pihak kami masih lagi menanti berita daripada pihak polis berhubung isu ini. Dijangka malam ini berita akan masuk ke Buletin Utama jam 8 malam.

Terdahulu, Masjid Limbongan telah didapati dikhianati oleh orang tidak bertanggungjawab apabila pintu kaca masjid telah dipecahkan dan kemudiannya isi dalam Masjid dikacau-bilaukan. Didapati beberapa buah naskah kitab suci Al-Quran juga turut disepahkan dan ada antaranya dicampak ke dalam lubang tandas. Wal Iyazu Billah, moga-moga tidak turun bala ke atas bumi Terengganu atas asbab tindakan kurang ajar orang tidak bertanggungjawab tersebut. Bacalaporan kami pagi tadi disini.

Sekian.

Lagi gambar....