Liyana Manan: Hanez Suraya Rampas Suami Saya

Sejak hubungan Hanez Suraya dan jejaka bernama R didedahkan kepada umum baru baru ini, pelbagai spekulasi dan khabar angin yang kedengaran namun kenyataan banyak datang dari mereka yang rapat dengan pasangan ini.
Menerusi Berita Harian hari ini, isteri kepada R telah tampil ke hadapan untuk memberikan kenyataan dari pihaknya berhubung status rumah tangga mereka sekaligus menjelaskan kesan kehadiran Hanez Suraya dalam hubungan mereka.
“Saya nak tanya, bila masa saya sah diceraikan? Mana surat cerai? Kena Hanez begitu berani membuat kenyataan sedangkan kami belum bercerai. Kenyataan Hanez bagaikan mencabar saya, seolah olah saya tunggul kayu — sedangkan saya masih isteri R yang sah”
BACA: Hanez Suraya Enggan Aibkan Sesiapa, Mahu Tunggu Isu Reda Sendiri
“Saya tidak pernah terfikir untuk menganggu Hanez apatah lagi menyerangnya — bagaimanapun saya tidak mampu menahan sabar apabila dia memuat naik gambar bersama anak anak saya dalam laman Instagram”
DC7A4891-458B-4073-8844-79BAADBBE979
“Apa tujuannya, mahu menyakitkan hati saya? Tak cukup rampas dan hancurkan rumahtangga saya, nak tambah lagi penderitaan saya? Cukup cukuplah maruah saya disiat siat!” ujar isteri R atau nama sebenarnya Nurliyana Abd Manan.
Akui Rumah Tangga Bermasalah
“Saya akui rumah tangga saya dan suami bermasalah tapi apa yang dapat saya katakan konflik rumah tangga kami kian kusut dan huru hara apabila Hanez hadir dalam hidup suami saya”
“Mereka sudah menjalinkan hubungan sejak lapan bulan lalu — sedangkan rumah tangga kami berantakan baru sahaja enam bulan. Bermakna, rumah tangga kami lintang pukang sejak Hanez menjalinkan hubungan dengan suami saya,” tambahnya lagi.
Dalam temubual sama, wanita ini juga menunjukkan beberapa keping foto percutian suaminya bersama Hanez Suraya ke Bangkok, Thailand untuk meraikan ulangtahun kelahiran jejaka itu sebagai bukti hubungan mereka yang terjalin.
“Apa perasaan anda jika berada di tempat saya? Sebagai wanita, ibu dan isteri saya diperlakukan seperti patung bernyawa! Mungkin ini hari saya, esok lusa mungkin giliran anda pula — tolong hormat perasaan saya selagi saya bergelar isteri R,” pesannya kepada Hanez Suraya.