Eina Azman Buat Hal Lagi?

eina azman
Eina Azman Buat Hal Lagi?
TERNYATA Eina Azman tidak pernah serik mencipta dalam kontroversi demi kontroversi.
Selepas isu pergaduhannya dengan ibu pelakon Afiq Muiz suatu ketika dulu, dia sekali lagi mencetuskan cerita panas apabila dikatakan berselisih faham dengan pengarah filem usahasama Malaysia-Indonesia, Kuntilanak Ciliwung.
Memetik Harian Metro, Eina dikatakan meninggalkan lokasi penggambaran selepas permintaannya untuk balik ke Kuala Lumpur pada 6 Mac tidak dapat ditunaikan oleh produksi.
Apa tidaknya, sebelum itu, dia sudah meminta untuk pulang ke tanahair pada 4 Mac atas alasan kerja.
Akibatnya, Eina melenting berlakulah pergaduhan antara mereka sehingga dia bertindak meninggalkan set dan pulang sendiri.
Hai, agak-agaklah nak balik banyak kali. Kalau asyik balik, bila penggambaran nak siap?
Dengar khabarnya, pihak produksi tersebut mungkin akan mengambil tindakan saman ke atas pelakon itu.
Kalau benar apa yang dilaporkan, pasti ramai yang kecewa kerana Eina sudah mensia-siakan peluang untuk mencipta nama di Indonesia.
Kalau tak berubah juga perangai diva itu, sampai bila-bilalah diri takkan maju…
Sumber- ooo.my