Bagi sesetengah individu, dakwaan dua nelayan yang mengakui mereka ternampak pesawat terbang rendah ketika sedang memancing di laut adalah rekaan semata-mata. (RUJUK SINI)
Walaupun berita itu dikeluarkan oleh portal berita rasmi, bukannya blogger yang berlagak sebagai wartawan yang menyiarkan berita spekulasi yang juga bukan berdasarkan fakta, mereka tetap tidak percaya.
Agaknya orang seperti ini hanya tahu menunding jari saja.
Di bawah adalah salinan laporan polis yang dibuat oleh nelayan yang mengakui ternampak pesawat tersebut terbang rendah. Namun tidak dapat disahkan bahawa pesawat yang dinampak itu adalah pesawat MH370.
"Pada 8/03/2014 Jam lebihkurang 0130HRS saya bersama kawan saya nama panggilan "Pader Rohim" semasa sedang memancing di Kuala Besar, Badang telah ternampak lampu sebuah pesawat melalui lokasi kami, lampu tersebut adalah dari sebuah kapal terbang saya merasa hairan kerana pesawat tersebut terbang agak rendah dari kebiasaan pesawat lain yang saya selalu nampak sebelum ini. Pesawat tersebut kelihatan terbang dibawah awan dari arah laluan keluar negara. Selepas balik rumah pada siang hari saya dapat tahu ada satu kapal terbang dari syarikat MAS telah hilang. Sekian laporan saya."
Walaubagaimanapun, ini sudah cukup bagi pihak berkuasa untuk dijadikan sebagai petunjuk. - My Media Hub (kredit foto TengokTVOnline)