Perkara ini sebenarnya sudah lama orang ramai duga dan jenama mana ingin melibatkan diri mereka dengan kancah kontroversi lebih lebih apabila ianya melibatkan sensitiviti di kalangan para pengguna mereka. Ini kisah Aura White & dutanya Hanez Suraya.
Semua tahu yang setahun lalu, Hanez Suraya telah dilantik sebagai duta dan jurucakap kepada produk kecantikan Aura White dan pelantikan beliau ini sejajar dengan imej beliau ketika itu yang bersih dari kontroversi dan memiliki kecantikan tersendiri.
Namun selepas terpalit dengan kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan seorang jejaka berstatus suami orang dan menjadi perhatian ramai termasuk pernah menjadi muka hadapan di akhbar tempatan, Aura White khabarnya mengambil keputusan drastik.
Keputusan diambil Aura White untuk berhenti menjadikan Hanez Suraya sebagai duta kami kira sebagai satu langkah bijak untuk tidak terus mengaitkan produk mereka dengan kontroversi sekaligus menjejaskan jualan.
Ini mungkin boleh menjadi pengajaran kepada Hanez Suraya sendiri atau artis artis lain yang telah dilantik untuk menjadi duta mana mana produk untuk menjaga imej diri — bukan untuk mengejar duit, tetapi tidak menutup pintu rezeki sendiri.