Nasha Aziz Cantik Tampil Berhijab




Gambar Nasha Aziz tampil bertudung

Nasha Aziz tampil bertudung - Nasha Aziz merupakan antara pelakon wanita tempatan yang sering memegang watak menggoda dalam filem atau drama. Popularitinya setanding dengan pelakon hebat lain seperti Erra Fazira, Rita Rudaini, Erma Fatima dan Raja Azura.

Bagaimanapun, sejak lima tahun kebelakangan ini, kemunculan Nasha dalam filem mahupun drama semakin kurang. Semuanya mungkin disebabkan kehadiran muka-muka baru pelakon wanita yang tidak kurang cantik, jelita dan berbakat.

Baru-baru ini, Nasha Aziz telah diberi peranan untuk melakukan watak Zainab dalam teater Di Bawah Lindungan Kaabah bersama barisan pelakon lain seperti Adi Putra, Elfira Loy, Fizo Omar, Zahid (AF2), Liza Abdullah & Yasmin Hani.

Sungguh manis dan cantik jika auratnya ditutup dengan betul , sejuk rasanya mata memandang . Diharap selepas tamat penegembaraan ini , Nasha juga boleh mengenakan hijab seperti dalam lakonan Dibawah lindungan kaabah . Tahniah , semoga satu perubahan ke arah lebih baik , insyaAllah.
Kepada semua pembaca , kita sama-sama doakan yang terbaik oke !