(TAHNIAH)Radhi OAG Selamat Nikahi Shahira Ayu

Jutaan tahniah diucapkan kepada Radhi OAG, 37 yang kini telah pun bergelar suami kepada  Nur Shahira Ayu, 20 tahun dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan mereka telah berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Shahira Ayu telah menerima mas kahwin berjumlah RM300 berserta wang hantaran sebanyak RM30,000.
radhi oag nikah
Untuk makluman, ini adalah perkahwinan kedua Radhi OAG selepas gagal dalam perkahwinan pertamanya dengan Shazlin Sharif sebelum ini. Sebelum berlangsungnya majlis pernikahan, majlis merisik dan pertunangan turut diadakan. Untuk pengetahuan anda, Shahira Ayu juga merupakan seorang model sambilan.
radhi oag nikah
Tahniah diucapkan kepada Radhi dan Ayu atas perkahwinan ini. Semoga kali ini ia akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Jutaan tahniah sekali lagi.