Disamakan Dengan Rosnah Mat Aris, Ayda Jebat Nekad Diet


Setelah berat badan meningkat sebanyak dua kilogram, Ayda Jebat yang merupakan seorang pelakon kini nekad mahu mengamalkan diet bagi mengatasikan masalah peningkatan berat badan itu.

Menerusi portal mStar, dia berkata “Berat badan saya 45 kilogram dan naik sedikit ketika penggambaran drama kerana selera makan saya lebih daripada biasa.

“Naik dalam dua kilogram sahaja tapi malangnya ia lebih menonjol di bahagian muka menyebabkan saya nampak tembam. Ada yang menegur wajah saya sudah sama seperti pelakon Rosnah Mat Aris,”


Dia kini nekad mengamalkan diet bagi mendapatkan bentuk badan kembali ideal dan sesuai dengan statusnya seorang pelakon.

“Sekarang ini saya tidak diet atau buat apa-apa untuk kurus tetapi mungkin bulan depan sebelum mula penggambaran dengan Michael Ang, saya cuba berdiet.

“Sebab dia sudah beri amaran supaya tidak kelihatan seperti Rosnah Mat Aris ketika dalam skrin nanti,” katanya.