Wajah Pembunuh Yang Mengelar Nursyuhada Didedahkan


Semalam kita digemparkan dengan kes seorang penuntut UITM Permatang Pauh, Nursyuhada Bt Johari, 20, yang telah dikelar oleh seorang lelaki sehingga meninggal dunia di atas Lebuhraya PLUS berhampiran Hentian Bukit Gantang.

BACA: Penuntut Universiti Maut Dikelar Rakan Lelaki Semasa Memandu

Berita kematian Nursyuhada ini telah meruntunkan hati seluruh rakyat Malaysia yang menyatakan rasa kesihan dan sedih kerana perlakuan kejam si pelaku.

Suspek yang merupakan tukang masak berumur 25 tahun merupakan peminat beliau tetapi tidak dilayan oleh Syuhada kerana dikatakan mempunyai masalah moral.

Hari wajah pembunuh tersebut telah dikongsikan di media sosial dimana rata-rata pengguna Facebook telah berkongsikan gambar ini dengan kebanyakan menyatakan marah dengan suspek yang dianggap kejam dan tiak mempunyai hati perut.


Apapun kita perlulah sentiasa mendoakan Syuhada sentiasa dirahmati dan tenang disana kerana Tuhan lebih sayangkannya