Penari Bogel Didakwa Bunuh Bayi Dengan Menyebabkannya Kebuluran


Tennessee: Seorang penari bogel sedang hamil didakwa atas tuduhan membunuh anak lelakinya yang berusia dua bulan dengan dengan membiarkan anaknya itu meninggal dalam keadaan kebuluran pada April tahun lepas.

Wanita berkenaan, Brittany Marie Wiest, 21 ditahan selepas hampir 10 bulan bayinya itu Anakin Leroy-Michael Wiest meninggal dunia.

Kekasih wanita itu, Michael Withers menghubungi 911 selepas mendapati bayi tersebut tidak memberi sebarang tikdak balas ketika dikejutkan.

Bagaimanapun, Withers bukanlah bapa kepada bayi itu.

Bayi tersebut ketika ditemui oleh pihak polis adalah dengan berat hanya sekitar lima paun yang mana beratnya ketika baru lahir adalah enam paun.

Menurut laporan hasil bedah siasat yang dijalankan sebulan selepas itu menunjukkan yang Anakin meninggal dunia akibat daripada kebuluran dan dehidrasi. Langsung kematian itu dianggap sebagai satu pembunuhan.

Wanita berkenaan kini sedangn mengandung 24 minggu anak ketiga.

Menurut kekasihya yang sekarang, Steve Anderson, dia amat terperanjat terhadap apa yang terjadi kepada Anakin.

“Saya tidak tahu mengenainya, Saya tidak berada di situ ketika kejadian berkenaan berlaku. Keutamaan saya ketika ini ialah kebajikan anak dalam kandungannya dan saya mahu mendapatkan hak penjagaan terhadap anak saya kelak,” katanya.

Brittany sememangnya mempunyai anak-anak yang kesemuanya adalah bapa berbeza. Anaknya yang sulung dan berusia dua tahun itu kini diletakkan di bawah pemeliharaan jabatan kebajikan. ─