Kapal tangki MT Jaoquim dipercayai hilang !!

Sebuah kapal tangki membawa minyak, MT Jaoquim, dipercayai hilang di perairan Selangor, awal pagi tadi. Kehilangan kapal tangki terbabit mungkin berkait dengan aktiviti rompakan. Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dijadual akan mengadakan sidang media pada jam 11 pagi ini bagi memberikan penjelasan berhubung kapal terbabit. 

Pada 11 Jun lalu, sebuah kapal tangki yang membawa muatan 6,000 tan petrol termasuk RON95, MT Orkim Harmony, dirampas oleh lanun di perairan Tanjung Sedili, Johor, dalam perjalanan ke Pelabuhan Kuantan dari Melaka.

Gambar Terkini syahrini yang berahi !!