Hati isteri mana yang tak angin jika suaminya dikaitkan dengan wanita lain, ya tak? Mungkin itu juga yang berlaku pada Almy Nadia apabila memuat naik satu status Instagram memerli pelakon wanita yang dikatakan digoda oleh suaminya Fizz Fairuz, iaitu Fara Mendoza.
Menurut Almy, Fara ialah seorang artis baru yang tidak banyak job dan mahu job. Secara sinis, dia meminta penerbit drama mengambil Fara berlakon dalam drama mereka.
almynadia86 Assalammualaikum semua selamat petang.. Hujan lebat petang nih ribut.. Hihihihihi apa2 pun sy gelak dulu.gelak sambil golek2 ngan anak .. Menikmati hari yg sejuk nih… Ok dah habis intro meh kami nak viralkan benda nih pulak.. Jom semua kita “FOLLOW ARTIS BAHARU INI” kesian this girl tak ramai FOLLOWER.. Pd DIRECTOR2 PRODUSER2 diluar sana please ambil ARTIS BAHARU ini berlakon.. Kesian this girl tak bnyk job.. This girl nak job.. Pls pls.. Kesian la kan dia..#hahahahahhahaahahhaahhaha#kauigtkaubolehlps#kauigtkaubesarsgt#jgnkacauumahtanggaaku #jgncuba2 @ayang_abbas @fizzfairuz 3min
Bagaimanapun, mungkin atas sebab tertentu, Almy telah memadam status yang dimuat naik olehnya itu.
Fara yang juga pelakon di bawah naungan Metrowealth mendakwa mempunyai bukti bahawa lelaki yang berbual dengannya di WeChat sememangnya Fizz. Setakat ini, bukti tersebut masih belum dikeluarkan oleh beliau.
Mungkin kini terdapat seribu kekesalan buat Farah kerana mendedahkan screenshot perbualannya dengan lelaki yang menggunakan nama Fizz Fairuz itu kepada umum, namun nasi sudah menjadi bubur. Sebagai pelakon baru, dia sepatutnya bertindak lebih bijak kerana kariernya baru saja bermula.
Diharap selepas ini Fara akan mengambil tindakan yang terbaik untuk membersihkan namanya.