Isteriku Liza...

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan 

pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari 

ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi 

meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke 

kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat 

suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. 

"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah 

abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk 

cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. 

Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan 

isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam 

hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya 

semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai 

ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula

memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. 

Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang 

sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari 

tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung 

nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 

Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. 

"Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya

tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong 

bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza 

tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak 

ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam 

sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka 

matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan 

Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal 

emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-
mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, 

Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin 

terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! 

Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! 

Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu

keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! 

Malu beb!!

Sekian.

Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi Dipetik dari 

majalah UJANG.......