Untungnya Puteri Sarah Liyana bakal menjadi isteri kepada Syamsul Yusof. Mana tidaknya, menurutUtusan Malaysia hari ini, pengarah hebat ini dikatakan telah membeli sebuah rumah berharga RM1 juta sebagai persiapan perkahwinannya. Lokasinya? Sudah tentu di Kuala Lumpur. Alhamdulillah, inilah namanya rezeki. Bukan senang untuk melihat anak muda Melayu sehebat Syamsul Yusof.
Malah rata-rata yang mengenali pengarah berusia 30 tahun ini mengetahui bahawa Syamsul memandu kereta Hummer. Rumah dah ada, kereta dah ada, calon pun dah ada, memang sesuai sangat untuk Syamsul menamatkan zaman bujangnya. Ditanya mengenai perkara ini, bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam berkata:-
Tentang rumah itu, lebih baik tanya kepada dia sendirilah. Bagaimanapun, pada saya tidak salah kalau dia mahu ada aset sendiri, rumah dan kereta sendiri untuk masa depannya. Sebelum berkeluarga sendiri, dia sudah ada itu semua, jadi itu akan memberi manfaat kepada dirinya dan bakal isteri, serta anak-anak mereka kelakSaya memang mengalakkan anak-anak supaya menyimpan, buat aset sedari muda. Ia bukan untuk saya dan isteri, tetapi untuk mereka sendiri kerana selepas ini, merekalah yang akan meneruskan kehidupan dengan keluarga masing-masing.Saya dan isteri sudah tua, sampai masa kami akan pergi menghadap Illahi. Mereka akan tinggal dan meneruskan legasi kami. Saya harap selepas ini mereka akan meneruskan apa juga perkara baik yang pernah kami suami isteri lakukan
Buat masa ini, Syamsul dan Puteri Sarah masing-masing mengambil pendekatan tidak memberikan sebarang komen mengenai majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung Februari ini. Tak apalah. Abang Nara percaya Syamsul akan menjemput para media untuk menghadiri majlis persandingannya kelak. Semoga dengan perkahwinan ini kelak, rezeki Syamsul akan lebih murah. Tahniah Syamsul.