Pelakon Lelaki Mabuk Ketika Berlakon di Negara Jiran

Pelakon Lelaki Mabuk Ketika Berlakon di Negara Jiran | Kisah seorang pelakon lelaki yang dikenali sebagai kaki baran dan mabuk ketika pengambaran dilakukan di negara jiran. Hurmm.....ni la yang dikata kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Ikuti pendedahan Cak di ruangan gosip myMetro mingggu ini.



Pelakon Lelaki Mabuk Ketika Berlakon di Negara Jiran

Ketika minum petang dengan rakan setugas beberapa hari lalu, terbuka cerita pelakon mabuk teruk ketika menjayakan penggambaran filem di negara jiran. Terkejut Sha, maklumlah selama ini pelakon itu nampak ‘bersih’ meskipun orangnya panas baran.

Cerita ini didedahkan mereka yang menjayakan penggambaran itu. Pada satu malam, sumber nampak pelakon bertubuh kekar itu rakus menogok air kencing syaitan di tepi pantai. Tempat itu memang ramai pelancong luar dan menjadi tempat berhibur sambil minum. Yang mengejutkan, pelakon itu minum arak yang dibeli macam togok air masak.

Dari situ sudah tahu dia sudah biasa. Sudahnya apabila mabuk, dia terlentang tidur di situ juga. Tak peduli bahaya atau tidak, dia tersadai macam dugong tercekik batu karang. Dalam keadaan begitu, kalau dihanyutkan air pun tak akan sedar.

Mujur tak ada tsunami, kalau tidak pasti jadi kisah muka depan akhbar paling hangat tahun ini. Sudahnya, pagi esoknya dia datang lewat ke lokasi. Penampilannya bukan saja kusut masai tapi ada bau hamis yang buat orang sekeliling loya, tetapi masing-masing kunci mulut.

Malas nak panjangkan cerita, yang penting penggambaran hari itu mesti diselesaikan kerana banyak lagi lokasi yang mahu dikunjungi. Itulah penangan arak. Mana yang ‘sekapal’ dengan pelakon ini memang tak kisah tetapi bagi yang masih ada iman di dada, masing-masing hanya mampu geleng kepala. Kalau ditegur pun pelakon ini tak makan saman, apatah lagi dia jenis tak boleh terima nasihat. Silap hari bulan ada meja kerusi melayang. Jalan terbaik, masing-masing buat hal sendiri.

Setahu Sha pelakon ini ada penyakit walaupun usianya masih muda. Tidakkah arak memburukkan lagi keadaan kesihatannya? Kalau itu jalan dipilih untuk kurangkan tekanan, jelas apa dilakukannya salah. Sha harap dia hentikan tabiat buruk yang sudah terang lagi bersuluh ditegah agama.