Yuna tunjuk pusat perut dan seksi dikritik peminat


Yuna tunjuk pusat perut dan seksi dikritik peminat - Dulunya, Yuna ialah artis kegemaran dan idola peminat bukan kerana kecantikannya tetapi penampilan beliau yang sentiasa bertudung dan menutup aurat.

Sehinggalah beliau bertapak di Eropah, fesyen penampilannya tetap sama dan tidak berubah. Meskipun begitu, sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang tidak kena dengan penampilan penyanyi lagu Terukir Bintang itu.

Sekeping gambar Yuna yang mengenakan baju hitam ketat paras pusat badan telah dimuatnaik di laman Facebook. Gambar itu menerima kritikan hebat daripada ramai peminatnya di laman sosial. Rata-rata mereka melahirkan perasaan kecewa dan terkilan. Mereka mahukan Yuna yang dulu.


Sememangnya perkongsian gambar berkenaan mengejutkan kerana sesiapa pun boleh melihat susuk tubuh Yuna malah lubang pusat pada perut beliau. Lebih menarik, gambar itu turut disertakan dengan caption yang jauh berbeza maksudnya berbanding gambar tersebut.