Boleh dikatakan Sharifah Sakinah sering mencuri perhatian umum dengan memuatnaik video perangai gila-gilanya. Tindakannya ini dikatakan sengaja mahu mencari publisiti dan kadangkala telah menjengkelkan sesetengah orang yang tidak memahami tujuan video-video tersebut dimuatnaik.
Kini, didapati Sharifah Sakinah mempunyai obsesi baru. Beliau dilihat sering melakukan aktiviti kecergasan dan kesihatan serta rajin mengajak peminat untuk lakukan aktiviti sihat sepertinya. Ianya adalah hasrat yang bagus.
Namun yang membuatkan ramai mula sedikit menyampah adalah kerana beliau menggunakan gambar-gambar tubuh badannya yang sememangnya tidak dinafikan berbentuk cantik sebagai testimoni aktiviti kesihatannya. Kebanyakannya menunjukkan gambar perutnya yang memang boleh menggiurkan lelaki yang melihatnya.
Ianya agak seksi namun kami faham Sakinah hanya mahu berkongsi usaha kerasnya bersama peminat untuk dijadikan inspirasi.
Tapi sebenarnya, boleh saja Sakinah menggunakan testimoni cara lain untuk tunjukkan usahanya selain dari menayangkan bentuk perut dan badannya yang terlalu mendedah ini, bukan?