Zizan Nafi Bercumbu Dengan Emma

Zizan Nafi Bercumbu Dengan Emma

Umum sedia maklum mengenai percutian pelawak terkemuka tanah air, Zizan Razak ke Amerika Syarikat baru-baru ini. Percutian tersebut turut disertai oleh pelakon wanita yang digosipkan sedang bercinta dengannya iaitu Emma Maembong bersama beberapa orang krew lagi.

Namun, terdapat desas-desus yang tidak enak didengar apabila ada pihak mendakwa Zizan dilihat bercumbuan dengan Emma dalam kapal terbang. Mereka dikatakan duduk bersebelahan dan melakukan aksi itu tanpa segan silu.


Zizan Nafi Bercumbu Dengan Emma Percutian ke Amerika Syarikat turut disertai oleh beberapa orang krew penggambaran

Zizan yang pada mulanya enggan ditemubual atas alasan keletihan itu akhirnya memberikan penjelasan kepada mStar Online bahawa perkara yang kini sedang kecoh diperkatakan itu adalah tidak masuk akal.
 “Pemergian ke Amerika Syarikat itu bukan kami berdua sahaja tetapi pengurus dan beberapa krew turut ikut. Takkan saya hendak buat perkara macam itu di hadapan mereka semua. Isu yang ditimbulkan sebenarnya tiada apa-apa pun dan saya tidak terkejut pun kerana itu adalah lumrah dunia artis”
Walaubagaimanapun, Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak tidak mahu menuduh mana-mana pihak atas timbulnya gosip berkenaan dan menganggap bahawa perkara tersebut adalah kelakar.