Neelofa Berat Hati Tinggalkan New York?

Sekejap saja rupanya Neelofa akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi. Pengajian gadis ini di New York Film Academy akan berakhir.
Walaupun Neelofa pada awalnya kelihatan seperti takut untuk duduk keseorangan di sana, kali ini beliau kelihatan berat hati pula untuk pulang ke Malaysia.
Mungkin kerana pengalaman manis beliau sepanjang berada di sana membuatkan berasa sedikit sedih untuk tinggalkan New York.
Banyak juga gambar-gambar yang dikongsi oleh Neelofa untuk tatapan peminat ketika berada disana. Dan tidak dinafikan ramai peminat menanti Neelofa pulang supaya beliau dapat menyambung untuk mengacarakan program ‘MeleTOP’.
Namun, ada juga yang ingin melihat muka baru untuk menggantikan tempat beliau.
Apapun, kami ucapkan ‘Selamat Kembali’ kepada Neelofa. Semoga pembelajaran Neelofa disana membawa manfaat untuk industri seni Malaysia.
Sementara itu, mari kita saksikan beberapa gambar menarik Neelofa sepanjang berada di New York.
Neelofa Berat Hati Tinggalkan New York?Neelofa Berat Hati Tinggalkan New York?Neelofa Berat Hati Tinggalkan New York?Neelofa Berat Hati Tinggalkan New York?Neelofa Berat Hati Tinggalkan New York?Neelofa Berat Hati Tinggalkan New York?Neelofa Berat Hati Tinggalkan New York?Neelofa Berat Hati Tinggalkan New York?