Biasanya kalau menjadi pengacara rancangan televisyen, ianya penting untuk penonton melihat wajah pengacara tersebut supaya mereka rasa lebih dekat seolah-olah menonton dihadapan mereka secara ‘live’. Namun, lain pula ceritanya pada Raja Azura yang kini sudah solo.
Terbaru, beliau mengenakan kaca mata yang sangat besar sehingga menutupi separuh wajahnya ketika mengacarakan rancangan ‘Primadona’ terbitan Astro.
Sebagai pengacara yang hanya mengacara di dalam studio yang sejuk dan tiada cahaya matahari yang silai, apakah relevannya memakai kaca mata besar sebegitu? Sebelum ini, tidak pernah pula beliau berpenampilan begitu.
Ada yang menjangka beliau sakit mata, menangis kerana mula ‘solo’ dan rasa sunyi dan macam-macam lagi anggapan yang diberikan seperti ‘buang tebiat’.
Memang beliau kelihatan tidak selesa dan janggal bila bercakap sehinggakan nampak kemek pipinya kerana kacamata hitam itu.
Apa yang berlaku? Kita tunggu apa penjelasan Raja Azura sendiri nanti.