Teman baik pilihan hati Syazliana

Teman baik pilihan hati SyazlianaSyazliana dan Reza pada majlis pernikahan mereka, Jumaat lalu.
Shah Alam: Penyanyi yang juga anak kepada usahawan korporat, Datuk Abdul Karim Munisar, Syazliana, 27, sah menjadi isteri kepada teman baik, yang juga rakan kongsi perniagaannya, Muhammad Reza Jamalludin. 30, dengan sekali lafaz. 

Pasangan yang menerajui syarikat pengiklanan Seinna Studio itu dinikahkan Imam Besar Masjid Negeri Selangor, Ustaz Ahmad Mustafa Mohd Sidin, di kediaman keluarga Syazliana, di sini, jam 9.32 malam kelmarin.


Majlis dimeriahkan dengan kehadiran lebih 250 tetamu dalam kalangan saudara-mara terdekat dan teman rapat. 


Pengantin perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang, mas kahwin RM300 serta wang hantaran yang dirahsiakan jumlahnya, manakala semalam, pasangan ini diraikan di Hotel Istana, Kuala Lumpur.