Nampaknya selepas 3 tahun menduda, anak kepada Uji Rashid, Cico akhirnya bertemu pilihan dan sudah pun bertunang dengan seorang gadis berketurunan Cina.
Tidak didedahkan lagi nama gadis tersebut, dengarnya gadis ini masih belum memeluk Islam seperti mana yang harus dilakukan oleh mana-mana pihak yang berkahwin dengan orang bergama Islam.
Menerusi laporan sebuah akhbar, Cico berkata, “Status bertunang ini sebenarnya hanya mahu mengikat janji. Itu sahaja. Jadi tidak bermakna dia tidak peluk Islam, maka saya tidak boleh bertunang dengan dia”.
Cico mengatakan beliau ingin kekasihnya itu benar-benar mempelajari dan mendalami agama Islam sebelum memeluk Islam. Beliau berharap temannya itu memeluk Islam dengan ikhlas dan bukan kerana sebab ingin berkahwin dengannya.
Beliau juga mendedahkan bahawa mereka tiada sebarang perancangan untuk berkahwin lagi kerana dirinya mahu memberikan tumpuan terhadap kerjayanya yang sedang kembali aktif.