Siapa yang tidak kenal dengan Chef Wan? Kalau Chef Wan datang ke mana-mana restauran atau tempat makan, pastinya tukang masak di tempat tersebut akan ketar lutut.
Setiap komen beliau amat disegani dan sememangnya patut dijadikan pengajaran kerana nama beliau setanding dengan nama-nama chef bertaraf antarabangsa.
Baru-baru ini, Chef Wan telah menaiki penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok, Thailand dan telah meluahkan perasaan tidak puas hati beliau terhadap nasi lemak yang dihidang dimana padanya, ianya tidak sempurna tanpa timun, kacang dan ikan bilis.
Menerusi gambar yang dimuatnaik di akaun Instagramnya, nasi lemak tersebut dilihat hanya dihidangkan bersama sambal dan telur rebus sahaja.
Ada betulnya juga kata beliau ini. Lagipun tahun ini adalah Tahun Melawat Malaysia. Makanan disini merupakan tarikan utama. Dan pastinya makanan dalam penerbangan akan menjadi makanan pertama buat pelancong yang datang ke sini. Kalau ianya tidak sempurna, memang hilanglah keistimewaannya.
Sebelum ini, Chef Wan juga pernah menegur sebuah restoran di hotel lima bintang kerana menggunakan resepi yang kurang tepat untuk Laksa Nyonya.
Chef Wan sebagai Duta Pelancongan Makanan Malaysia mengatakan kesilapan resepi akan memberi imej buruk pada industri pelancongan di negara ini.
Eloklah juga Chef Wan sendiri yang menegur daripada ditegur oleh orang luar, bukan?