Oh sedihnya membaca apa yang terjadi kepada Zzati dan perhubungannya dengan pemain bola sepak Malaysia, Wan Zack Haikal di dalam Pancaindera hari ini. Mana tidaknya, percintaan yang terjalin sekian lama akhirnya putus pada Oktober 2013 selepas keluarga Wan Zack melemparkan pelbagai tuduhan yang menjatuhkan maruah Zzati dan keluarganya.
Walaupun memegang akaun bank dan jadual harian Wan Zack, Zzati menafikan yang dirinya pecah amanah. Malah Zzati mengakui keputusan ini adalah kehendaknya dan bukan dipengaruhi sesiapa. Tuduhan berat lain yang dilemparkan kepadanya ialah kononnya dia menggunakan bomoh untuk menundukkan Wan Zack. Kata Zzati yang juga merupakan seorang penyanyi:-
Saya tidak akan kembali dengan dia lagi. Sampai hati mereka tuduh saya pisau cukur. Saya masih waras. Tahu hukum agama. Buat apa nak guna bomoh untuk menundukkan Wan Zack. Saya tak buat kerja gila macam itu.Saya buat macam ini bukan sebab nak memalukan Wan Zack. Saya bukan jenis gila publisiti. Tapi ini melibatkan maruah keluarga.Saya pun hanya mula bercerita mengenai hubungan kami selepas Wan Zack memberitahu mahu bertunang awal tahun lepas. Itu bermakna dia mahu jalinkan hubungan yang serius dengan saya.Cuma saya tak mahu (bertunang) rupa-rupanya ada hikmah tersendiri.
Walaupun perpisahan ini adalah berita sedih buat Zzati, namun ia adalah berita gembira buat para gadis di luar sana yang meminati pemain bola sepak kacak ini. Wan Zack sudah single!!! Inilah peluang anda untuk masuk line. (saja gurau-gurau je). Kepada Zzati dan Wan Zack, anda berdua masih muda. Biasalah putus-putus cinta ini. Insya Allah nanti akan bertemu mereka yang lebih secocok di masa hadapan.