Anda Suka Kelentit Kering? Nah Ini Caranya. Vapez
Petaling Jaya, 31 Mei : Pelakon Ahya Rosli memperjelaskan bahawa kedai shisha miliknya yang dinamakan sebagai Kelentit Rindu sebenarnya diambil dari nama sejenis cendawan, iaitu 'Kelentit Kering' atau nama saintifiknya Microparus Xanthopus.
Ahya, 29, berkata dia mengambil nama itu selepas mendapati mendapati salah satu perasa shisha yang paling mendapat perhatian di kedai miliknya itu laris.
"Saya sudah gunakan nama berkenaan sudah lama sejak dibuka pada sepuluh tahun lalu dan ia adalah nama tumbuhan.
"Orang hanya tahu mengecam kerana berfikiran negatif sahaja dan saya sudah beritahu kepada ibu juga tentang ini dan dia tiada halangan," ujar Ahya ketika mengulas isu tersebut sebagaimana lapor mStar Online.
Kedai shisha tersebut beroperasi di Jalan Genting Klang, Setapak, dekat sini.
Ahya berkata dia berfikiran positif dan memikirkan bahawa nama itu mampu menarik pelanggan ke kedainya.
"Saya sentiasa positif dan tidak fikir ia bermaksud lucah. Hanya orang-orang yang negatif sahaja selalu nampak perkara buruk yang saya lakukan.
"Tidak kisah apa orang ingin fikir yang penting bisnes tersebut berjalan lancar dan menerima ramai pelanggan," ujarnya