JAKARTA - Salah seorang dari tiga suspek yang didakwa telah membunuh Enno Farihah, telah dilepaskan berikutan bukti tidak mencukupi. Namun, pihak polis Mapolda Metro Jaya telah mengambil masa tiga hari untuk mengumpul segala bukti-bukti yang berkaitan dan akhirnya berjaya merungkai segala persoalan berhubung kes ngeri itu.
Lapor Merdeka.com, dengan terungkainya tiga persoalan utama dalam kes itu meletakkan ketiga-tiga mangsa bakal berdepan dengan hukuman gantung sampai mati mengikut undang-undang negeri itu berkaitan pembunuhan terancang.
1. Pemikiran Pelaku dan Motif
Siasatan awal pihak polis mendapati, Rahmat (16) telah memujuk Enno untuk bertemu buat kali terakhir setelah dia difahamkan bahawa Enno akan dikahwin dengan lelaki lain oleh orang tuanya.
Bagaimanapun, Enno enggan bertemu dengan Rahmat. Tetapi setelah termakan pujuk rayu lelaki itu, dia akhirnya bersetuju.
Menurut pengakuan Rahmat, mereka sempat berpelukan sehinggalah ketika dia mengajak mangsa melakukan hubungan intim. Mangsa terpaksa menolak kerana takut hamil dan tindakan itu akan mengecewakan bakal suaminya.
Berang dengan jawapan mangsa, Rahmat terus keluar dari rumah itu.
2. Kewujudan 3 Pelaku Dalam Masa Yang Sama
Ketika Rahmat keluar dari asrama yang didiami Enno, dia sempat menghisap rokok di depan pintu gerbang asrama berkenaan. Dari situlah dia bertemu dan mengenali Arif (24) yang kebetulan lalu di situ.
Arif merupakan pekerja di kilang yang sama dengan Enno, tinggal di belakang asrama Enno.
Hairan dengan kehadiran Rahmat, lalu Arif bertanya mengapa dia berada di situ pada tengah malam. Sedang mereka berdua rancak berbual, Imam (24) kemudian lalu di situ dan berkenalan dengan mereka berdua serta turut bertanyakan soalan yang sama.
"Mengapa kamu berdua ada di depan rumah Enno?"
Difahamkan Enno merupakan wanita yang dicintainya.
Terlanjur berkenalan, lalu Rahmat menceritakan hubungannya dengan Enno dan Enno bakal dikahwinkan oleh orang tuanya dengan lelaki pilihan mereka. Arif juga mengakui dia menyukai Enno malangnya tidak dilayan. Begitu juga dengan Imam.
Ekoran itu, Arif dan Imam mengajak Rahmat memperkosa Enno.
"Perkosa saja dia kerana dia tidak akan pernah menjadi kekasih engkau lagi,"
Rahmat bersetuju dan terpengaruh dengan dua lelaki terbabit, mereka terus pergi dan masuk ke dalam rumah mangsa dan memperkosanya secara bergilir-gilir.
Imam menekap mulut mangsa menggunakan bantal semasa Arif memperkosa mangsa. Rahmat pula disuruh mencari pisau setelah selesai memperkosa Enno.
3. Kewujudan Cangkul
Rahmah mencari pisau di dapur tetapi gagal menemuinya. Kemudian dia keluar dari rumah dan menemui cangkul yang diletakkan tidak jauh dari pintu rumah mangsa.
Rahmat kemudian menyerahkan cangkul itu kepada Arif tetapi Arif enggan mengambilnya dan menyuruh Rahmat memukul kepala mangsa. Rahmat berkata, ketika dia memukul kepala mangsa dengan cangkul, dia menutup matanya. Pukulannya itu telah menyebabkan wajah mangsa terkoyak sehingga memercikkan darah.
Geli melihat darah yang memenuhi bilik mangsa, mereka bertiga keluar dari bilik itu. Bimbang mangsa selamat dan akan melaporkan kejadian itu kepada polis, lalu ketiga-tiga mereka bersepakat untuk menamatkan riwayat Enno dengan menyulanya menggunakan cangkul sehingga menyebabkan mangsa maut dalam keadaan yang amat mengerikan.
Ketua Balai Polis Mapolda Metro Jaya, Krishna Murti berkata, teka teki pembunuhan sadis Enno telah terungkai sepenuhnya. Kes pembunuhan Enno merupakan kes pembunuhan yang paling ngeri pernah dilihatnya sepanjang karier sebagai anggota polis.
Ketiga-tiga tertuduh juga telah mengakui perbuatan mereka dan difahamkan mereka akan dikenakan hukuman gantung sampai mati.