Rokok E-cigar Elektronik, Kerajaan Akan Perkenalkan Akta Baru !!


NIBONG TEBAL:

Kementerian Kesihatan sedang menggubal akta baharu khusus untuk perokok dan hasil produk tembakau, yang turut merangkumi rokok elektronik. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata draf akta berkenaan sedang diteliti oleh kementerian sebelum dibawa ke Jabatan Peguam dan Kabinet.

"Proses ini mengambil masa kerana membabitkan banyak pihak. Antara cadangan dalam akta baharu itu adalah kawalan lebih ketat terhadap iklan rokok, termasuk (rak) rokok di belakang kaunter (kedai),"

katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada petugas Hospital Sungai Bakap sempena perayaan Aidilfitri, di sini, hari ini. Beliau berkata, ketika ini, akta sedia ada adalah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 mengikut Akta Makanan 1983.